
BEKAS ketua jurulatih Jerman, Joachim Low dilaporkan bakal bergelar pengurus kelab gergasi Turki, Fenerbahce.
Sekiranya menjadi kenyataan, Low bakal bertemu kembali dengan bekas pemainnya Mesut Ozil ketika bersama skuad Jerman sebelum ini.
Low melepaskan tugas bersama pasukan Jerman selama 14 tahun musim lalu selepas tewas kepada England dalam saingan 16 pasukan kalah mati Euro 2020.
Pengendali berusia 61 tahun itu dikatakan bersetuju bekerja di Fenerhance walaupun sedar akan bertemu Ozil.
Manakala Ozil bersara daripada karier antarabangsa sebaik sahaja tamat aksi Piala Dunia 2018 dan penuh kontroversi apabila menuduh Jerman FA tidak menghormati dan bersikap rasis terhadapnya selepas bergambar dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

“Mesut meninggalkan pasukan kebangsaan tanpa berunding dengan saya terlebih dahulu dan ia merupakan kekecewaan yang besar bagi saya.
“Akan tiba masanya kami akan bercakap atau berjumpa lagi dan mengetepikan segala-galanya.
“Memori ini akan menjadi positif untuk kami. Dia adalah pemain penting dan mempuyai kemahiran yang hebat,” ujar Low.
Ozil berpindah ke kelab Turki Januari lalu selepas kontrak bernilai £350,000 seminggu di Arsenal ditamatkan.





Add Comment