Antarabangsa

Momen, sejarah buat pasukan bola sepak wanita Filipina layak ke Piala Dunia 2023


Pasukan Filipina layak ke separuh akhir Piala Asia Wanita 2022 sekaligus menempah tiket ke Piala Dunia tahun depan. Foto: AFC

“KINI kanak-kanak di Filipina sudah boleh mula mengidam untuk bermain di pentas Piala Dunia,” ujar ketua jurulatih pasukan wanita Filipina, Alen Stajcic.

Stajsic berkata demikian selepas pasukan bimbingannya berjaya menempah slot ke Piala Dunia 2023 buat kali pertama dalam sejarah selepas menewaskan Chinese Taipei dalam saingan suku akhir Piala Asia Wanita 2022 yang kini berlangsung di India.

Aksi penentuan penalti menjadi bukti kemaraan Filipina dengan keputusan 4-3 selepas hanya mengikat seri 1-1 dalam tempoh permainan sebenar.

 

Panjaga gol Filipina, Olivia McDaniel menjadi tumpuan apabila menyelamatkan dua sepakan penting ketika tempoh kritikal itu.

Keputusan tersebut bukan sahaja membawa mereka ke aksi separuh akhir yang bakal melayan Korea Selatan Khamis ini, sebaliknya mereka sudah pun membayangkan aksi Piala Dunia tahun depan.

Penjaga gol Filipina, Olivia menjadi watak penting kemenangan ketika aksi penentuan penalti.

“Sesuatu yang sukar dipercayai dengan pencapaian pasukan ini… ia adalah momen dan sejarah untuk negara. Anda tidak bolah mengambilnya daripada pasukan ini.

“Sekarang semua kanak-kanak di rumah, Filipina boleh menjadikan ini sebagai inspirasi untuk ke Piala Dunia. Semua pemain sangat berbangga antara satu sama lain, tetapi lebih penting ia adalah inspirasi kepada generasi akan datang,” jelas Stajcic.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: