Antarabangsa

Nadal rangkul trofi juara Terbuka Australia dengan jam tangan mewah


Nadal merangkul gelaran Grand Slam ke-21 di Melbourne.

JAGUH tenis Sepanyol, Rafael Nadal mencipta sejarah gelaran ke-21 Grand Slam dengan merangkul trofi Terbuka Australia menewaskan Daniil Medvedev.

Nadal,35, menewaskan Medvedev 2-6 6-7 (5-7) 6-4 6-4 7-5 dalam aksi selama lima jam 24 minit dalam aksi klasik di Rod Laver Arena, Melbourne sekaligus mengatasi kemenangan 20 grand slam yang dimenangi Roger Federer dan Novak Djokovic sebelum ini.

Apa yang menarik perhatian selain aksi hebat Nadal di gelanggang adalah, Nadal memperagakan jam tangan berjenama Richard Mille yang mempunyai nama ‘Rafa’ di permukaannya bernilai USD1.05 juta.

Jam tangan RM 27-04 Manual Winding Tourbillon Nadal ini adalah koleksi terbaharu yang dicipta untuk juara dari Sepanyol ini. Ianya unik dalam cara tersendiri dan juga menandakan ulang tahun ke-10 kerjasama di antara Rafael Nadal dan Richard Mille.

Ianya diperbuat daripada komponen polyamide yang ringan tetapi kuat dan mempunyai ketahanan terhadap kelembapan dan suhu yang sesuai berada di gelanggang bersama-sama Nadal dan jam tangan edisi terhad seberat 30 gram ini hanya dihasilkan sebanyak 50 unit.

Sementara itu, Nadal menyifatkan kemenangan beliau di Terbuka Australia ini adalah kejayaan ‘comeback’ terbaik dalam karier tennis beliau.

“Jika kita letakkan segalanya dari sudut senario, momentum dan makna sebenar kemenangan ini, ianya tanpa ragu adalah kejayaan ‘comeback’ terbaik dalam karier tennis saya,” kata Nadal.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: