Antarabangsa

AFCON 2021: Cameroon kecewakan Gambia, Burkina Baso terus mara


Pemain-pemain Cameroon merai kemenangan ke atas Gambia.

Oleh: JJFIRDAUS

DUA jaringan penyerang Toko Ekambi memastikan tuan rumah Cameroon mara ke separuh akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2021 dengan kemenangan ke atas Gambia 2-0.

Ekambi menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh minit pada awal babak kedua sekaligus gol kelima beliau dalam kejohanan ini untuk Cameroon menjadi pasukan pertama menempah tempat ke separuh akhir.

Gambia pula mendapati Cameroon terlalu kuat buat buat pendatang baharu AFCON ini tetapi mereka boleh berbangga kerana mencipta kejutan untuk berjaya mara sejauh ini dalam percubaan pertama mereka.

Buat Cameroon pula, kemenangan ini sangat penting selepas insiden rempuhan yang meragut nyawa lapan penyokong dalam aksi suku akhir sebelum ini dan semua pemain memberikan satu minit penghormatan kepada mangsa.

Burkina Faso juga meneruskan kemaraan ke satu lagi aksi separuh akhir selepas membenam cabaran Tunisia1-0 menerusi jaringan tunggal Dango Ouattara pada penghujung babak pertama.

Kekalahan ini juga menyaksikan Tunisia gagal layak ke separuh akhir dalam tujuh percubaan selepas berjaya bergelar juara AFCON pada 2004 walaupun mempunyai kelebihan seorang pemain selepas pemain Burkina Faso dibuang padang.

Dalam aksi separuh akhir, Burkina Faso akan bertemu sama ada Senegal atau Equatorial Guinea manakala Cameroon pula bakal berhadapan sama ada Mesir atau Maghribi yang akan beraksi dalam satu lagi peringkat suku akhir esok.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: