
PEMAIN sayap Manchester United Anthony Martial sah berpindah ke Sevilla secara pinjaman musim ini.
Pemain berusia 26 tahun itu menyertai skuad Julen Lopetegui secara pinjaman sehingga akhir musim ini selepas tidak menjadi pilihan sebagai pemain ‘regular’ di Old Trafford.
Martial hanya membuat lapan penampilan bersama United musim ini, namun dia dialu-alukan dan disambut penuh meriah ketika diperkenalkan sebagai pemain Sevilla.
Apa yang mengejutkan Martial, dia turut ‘dihidangkan’ dengan klip video yang memaparkan heronya sejak kecil, Ronaldo.
“Hi Martial, apa khabar? Selamat datang ke La Liga dan Sevilla. Ini adalah kelab besar di Sepanyol dan Eropah.

“Mereka mempunyai penyokong-penyokong yang luar biasa serta bermain di sebiuah bandar yang menakjubkan. Jadi saya ucaapkan selamat berjaya kepada anda dan berharap akan bertemu tidak lama lagi. Selamat berjaya,” ujar bekas penyerang Real Madrid, Inter Milan dan Barcelona itu.
Sememangnya Martial amat menyanjungi Ronaldo yang telah merakam 414 gol dalam 616 penampilan sepanjang kariernya.
“Dua hero utama saya adalah dari Brazil; Ronaldinho dan Ronaldo kerana mereka mempunyai magis di kaki,” ujar Martial sebelum ini.






Add Comment