Bola Sepak

“Apa yang susah sangat nak faham… makin jahanam ‘mind set'” – TMJ


SEJAK beberapa hari lalu, isu bola sepak dari pelbagai sudut belum reda dibincangkan di media sosial susulan perkongsian dan pandangan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Khamis lalu, Tunku Ismail secara eksklusif membuat perkongsian dan pandangan secara keseluruhan mengenai skuad kebangsaan di pentas Piala AFF 2020 serta beberapa isu lain kepada CAKAP SUKAN dan Astro Arena.

Namun malangnya beberapa kenyataan yang dibuat Tunku Ismail ‘diputar belitkan’ di media sosial sehinggakan kini belum reda perdebatannya di kalangan peminat bola sepak tanah air.

Terbaharu, Tunku Ismail memuatnaik status di Instastory mengenai fakta yang dikongsinya ketika sesi temuramah sebelum ini mengenai pemain-pemain JDT di Piala AFF.

“Apa cerita gila ni?. Dah makin ‘cartoon’. Lain orang cakap lain dia punya ‘twist‘. Contoh AFF kegagalan JDT ‘players’ dan saya disalahkan. Tapi yang ‘score’ gol semuanya pemain JDT. Safawi 4 gol, Akhyar 1 gol dan ‘defender’ Sharul Saad  1 gol.

“Striker lain tak perform tiada orang nak kritik? Itu maksud saya. Apa yang susah sangat nak faham? Haha.. makin jahanam ‘mind set’,” tulis Tunku Ismail.

Malah Tunku Ismail turut berkongsi status berkaitan dengan pemain naturalisasi.

“Saya siap cakap kalau nak beri passport beri kepada yang lebih muda bukan umur macam De Paula dan Liridon. Statement itu ke mana? Makin ‘cartoon’.”

Bagaimanapun, salah satu lagi perkongsian TMJ di Instastorynya adalah mesejnya bersama bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau nak bantu bola sepak Malaysia… ini pesanan TMJ kepada Teong Kim

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua ada tangan ghaib… jadi sayalah kambing hitam” – TMJ

Menurut paparan tersebut, Teong Kim yang kini berada Munich telah menghantar penjelasan mengenai laporan sebuah portal yang tidak betul mengenainya.

Dan Tunku Ismail turut membalas mesej tersebut.

Sebelum ini, Tunku Ismail diajukan soalan mengenai Teong Kim yang menjadi pilihan segelintir peminat bola sepak Malaysia yang ingin melihat dia berada dalam sistem bola sepak negara.

Namun jawapan TMJ itu mengundang pelbagai persepsi daripada peminat-peminat bola sepak tanah air.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: