
SERAMAI 44 pelatih generasi ketiga Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berjaya mencuri perhatian lima kelab Liga Malaysia musim ini.
AMD yang dianggap ‘kilang pengeluar’ pemain-pemain muda di negara ini membuktikan permintaan terhadap mereka semakin baik apabila lima kelab berprofil tinggi dalam Liga Super iaitu Kuala Lumpur City FC, Selangor FC, Johor Darul Ta’zim (JDT), Sri Pahang FC dan Terengganu FC sudahnya memancing pelatih-pelatih dari akademi ini.
Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) berkongsi perkembangan positif ini di laman Twitternya dengan mendedahkan bahawa kini 20 pemain sudah mula menjalani latihan bersama Selangor FC.
Baki 24 pemain lagi berada menjalani latihan bersama Sri Pahang seramai 10 orang, JDT (6), KL City FC dan Terengganu FC masing-masing empat orang pemain.
“Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada kesemua graduan AMD Tahun 2021 yang telah memulakan latihan bersama kelab-kelab bola sepak profesional di Malaysia sejak awal Januari yang lalu.
Bagi batch ketiga ini yang merupakan generasi tahun 2004, pecahan mereka adalah sebagaimana berikut :
Selangor Fc : 20 orang
Johor Darul Takzim FC : 6 Orang
Terengganu FC : 4 Orang
Sri Pahang FC : 10 Orang
Kuala Lumpur City FC : 4 Orang pic.twitter.com/RWiFBQKEozā NFDP Official (@NFDPOfficial) January 30, 2022
“Pihak AMD dan NFDP sangat bangga dengan setiap pencapaian yang ditunjukan dan akan sentiasa memantau perkembangan setiap graduan AMD bagi memastikan mereka terus bersaing dalam kancah bola sepak tempatan dan antarabangsa.”
Sebagai rekod, keseluruhan graduan AMD setakat 8 Januari 2021 adalah seramai 118 orang yang mewakili 34 orang bagi batch pertama, 40 orang bagi batch kedua dan 44 orang bagi batch ketiga. Kesemua graduan AMD telah bersama kelab bola sepak profesional selepas bergraduasi dari AMD.
Add Comment