Bola Sepak

Perlantikan Pan- gon tidak akan selesaikan masalah – Hamidin


Datuk Hamidin Mohd Amin

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin kekurangan bekalan pemain berkualiti untuk dipanggil beraksi bersama skuad Harimau Malaya adalah penyebab kemerosotan terus berlaku dalam pasukan.

Menurutnya, hasil daripada pemerhatiannya mendapati bahawa Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan FAM perlu duduk semeja untuk memastikan kelab dapat menyediakan pemain berkualiti untuk pasukan Harimau Malaya.

Katanya, masalah atau isu seperti kekurangan fasiliti di kelab Liga Malaysia (Liga M) dan tunggakan gaji seharusnya tidak berlaku memandangkan ia menganggu usaha melahirkan pemain berkualiti pada masa akan datang.

“Perlantikan jurulatih baru Kim Pan-gon tidak akan selesaikan prestasi secara keseluruhan pada masa akan datang.

“Hal ini kerana, hasil daripada pemerhatian saya mendapati Liga M perlu pemain berkualiti untuk dibawa ke skuad kebangsaan.

“Masalah seperti tunggakan gaji, tiada padang yang memenuhi standard minimum atau gimnasium lengkap menyebabkan sebahagian pasukan tidak dapat mengeluarkan pemain berkualiti untuk pasukan kebangsaan,” katanya.

Jumaat lalu,  FAM mengumumkan melantik Kim Pan-gon sebagai pengendali skuad kebangsaan selepas Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan terbabit awal Januari lalu.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: