
Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI
“TUNGGU Jumaat ini, saya akan jelaskan semua kepada media,” itulah penjelasan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai segala persoalan dan kritikan netizen serta penyokong terhadap dirinya dan prestasi Harimau Malaya.
Tegasnya, tindakan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelak salah faham selain beliau perlu menjalani tempoh kuarantin yang tamat semalam berikutan baru saja pulang dari luar negara.
“Saya akan jawab hari jumaat.. saya sayang bola sepak dan netizen ada pandangan mereka. Saya tahu apa yang buat.
“Semalam saya potong gelang kuarantin dan ada kenyataan yang keluar cuma saya akan jawab Jumaat ini,” katanya, dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu FAM di Presint 5, Putrajaya, hari ini.
Hamidin berkata, beliau tidak pernah lari atau bersembunyi selepas skuad Harimau Malaya gagal mencipta kejayaan pada perlawanan AFF 2020 di Singapura hujung tahun lalu.
Tambahnya lagi, semua persoalan ini akan dijawab pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025 pada 21 Januari nanti
Desakan agar Hamidin dan barisan kepimpinan FAM meletakkan jawatan yang kini menjadi bualan netizen dan penyokong adalah ekoran prestasi hambar Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF 2020 di Singapura hujung tahun lalu.
Hanya pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan yang disandang sejak 2017 itu dan kita posisi berkenaan masih lagi belum diisi oleh individu lain.
Harimau Malaya yang mensasarkan aksi final dalam kejohanan tersebut gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan B dimana Indonesia dan Vietnam mewakli kumpulan berkenaan manakala Kumpulan A diwakili Thailand dan Singapura.






Add Comment