Bola Sepak

Hadiah juara Liga M3 naik tiga kali ganda


Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

HADIAH kemenangan yang meningkat tiga kali ganda dilihat suntikan semangat buat 20 pasukan yang bakal menyertai kejohanan Liga M3, musim ini.

Jika sebelum ini juara mendapat RM30,000 tetapi untuk saingan musim ini ia meningskat kepada RM100,000.

Presiden Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Yusoff Mahadi berkata, hadiah kemenangan yang lebih tinggi berbanding RM30,000 sebelum ini bertujuan memberi semangat kepada pasukan untuk bersaing dan memperagakan aksi terbaik.

“Memang menjadi cita-cita kita untuk menjadikan hadiah kemenangan itu berbaloi dan berpatutan dengan usaha ditunjukkan setiap pasukan. Kita mahu pastikan setiap pasukan diuruskan dengan baik.

“Kalau kita berjaya mendapatkan penaja yang lebih banyak, mungkin kita boleh tambahkan lagi hadiah kemenangan untuk diberikan kepada pasukan,” katanya pada Majlis Undian Liga M3 2022 yang berlangsung di Petaling Jaya, hari ini.

Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)  mengesahkan saingan amatur itu akan dibarisi sepenuhnya oleh pemain tempatan bagi memberi peluang kepada mereka menunjukkan kemampuan masing-masing.

“Kita tidak benarkan pemain import kerana ini adalah tahun pertama M3 dijalankan selepas berehat dua tahun. Kita tidak mahu timbul banyak masalah nanti.

“Kita memang ada idea (benarkan pemain import di Liga M3) tetapi kita akan lihat cadangan itu pada tahun akan datang,” ujarnya.

Senarai Pasukan-Pasukan Liga M3 2022

Kumpulan A
1. Sains FC

2. Malaysia University

3. FC Langkawi

4. Kinabalu Jaguar FC

5. Imigresen FC

6. Manjung City FC

7. Ultimate FC

8. Tun Razak City FC

9. Langkawi City FC

10. Armed Forces FC

Kumpulan B
1. Perlis United FC

2. Tok Janggut Warriors FC

3. Harini KS FC

4. Kijang Rangers FC

5. BRM FC

6. Respect FC

7. Kuala Lumpur Rovers FC

8. Bukit Tambun FC

9. PIB FC

10. Real Chukai FC


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: