Bola Sepak

RMS mahu pembangunan dan komersial diberi penekanan


Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan beberapa perkara akan diberikan tumpuan selepas dilantik sebulat suara untuk terus menerajui FAS bagi sesi 2022-2026.

Titah Baginda, tahun 2022 FAS akan memberi penekanan kepada beberapa aspek utama antaranya menaik taraf liga-liga Selangor dari aspek pembangunan dan komersial.

“Begitu juga penekanan kepada pembangunan pemain muda dan junior, pembangunan jurulatih serta pengadil dan kelab.

“Beta harap kita akan terus berkembang bersama. Perubahan ini tidak boleh dibuat seorang diri. Teruskan sokongan anda dan teruskan memberi teguran serta peringatan kepada kami (FAS),” titah baginda pada penutup pembubaran kongres FAS ke 69 dan 70, hari ini.

Pada kongres FAS berkenaan, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal menerajui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bagi penggal 2022-2026.

Datuk Abdul Rauf (kiri) dilantik selaku Naib Presiden manakala Datuk Seri Shahril Mokhtar selaku Timbalan Presiden FAS.

Jawatan Timbalan Presiden FAS pula disandang oleh Datuk Seri Shahril Mokhtar manakala Naib Presiden dimenangi oleh Datuk Abdul Rauf Ahmad, Datuk P. Sugumaran, Mohd Yunus @ Iskandar Md Noor dan R. Sekar Chandaran.

Abdul Rauf yang juga bekas pengurus pasukan Selangor dipilih sebagai naib presiden 1, manakala kehadiran  Dr. Wirdati Mohd Radzi sebagai antara tujuh muka baru dalam ahli jawatankuasa eksekutif juga menarik perhatian kerana dia hadir dengan reputasi hebat selaku bekas Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Kongres kali ini juga menyaksikan bekas pemain tengah Gergasi Merah, Nazzab Hidzan, selain individu berpengaruh seperti Mustaza Ahmad dan Datuk Shahrizal Sahri antara yang tidak mempertahankan jawatan masing-masing.

Keeputusan sebulat suara ini dipersetujui pada kongres berkenaan dan  diumumkan Anas Shafiee dari Firma Guaman Anas.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: