Bola Sepak

No Salah, No Mane, No gol untuk Liverpool


LIVERPOOL pastinya merindui bisa penyerang utamanya, Mohamed Salah dan Sadio Mane selepas gagal merobek gawang Arsenal pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Anfield, pagi tadi.

Beraksi dengan kelebihan seorang pemain hampir 70 minit selepas ketua pasukan The Gunners,  Granit Xhaka dilayangkan kad merah pada minit ke-24 susulan kekerasan ke atas Diogo Jota.

Walaupun kehilangan dua pemain itu yang beraksi di Piala Negara-Negara Afrika, Jurgen Klopp tetap menurunkan barisan pemain terbaiknya tetapi perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Keputusan ini menyaksikan aksi separuh akhir kedua di Emirates minggu depan bakal menjadi lebih terbuka untuk kedua-dua pasukan mara ke final bertemu Chelsea yang sudah mengesahkan selepas menewaskan Spurs.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: