Bola Sepak

Syahmi Safari kini pemain JDT


Syahmi diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT secara rasmi pada Khamis. Foto: JDT

BEKAS pemain pertahanan kanan Selangor FC Muhammad Syahmi Safari kini secara rasmi menjadi pemain terbaharu juara Liga Super 2021 Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain kelahiran Kuala Selangor berusia 23 tahun itu mengakui sukar untuk menolak tawaran daripada kelab gergasi bola sepak tanah air ini.

“Saya tidak boleh cakap ‘tidak’ kepada kelab terbesar di Malaysia ini. Ini adalah cabaran… cabaran saya untuk langkah ke depan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak,” ujarnya dalam satu klip video rasmi kelab ketika diperkenalkan sebagai pemain JDT.

Syahmi bakal menyarung jersi bernombor 91.

Sebelum ini Syahmi hanya setia bersama Selangor FC bermula 2017 dan dia juga merupakan pemain yang berada dalam skuad Harimau Malaya sehingga kini.

JDT menjadi kelab keduanya sebagai pemain profesional untuk mencari pengalaman baharu dan melakar kejayaan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: