Oleh : SUBKHI SUDARJI
KEMASUKAN penyokong dalam stadium dengan kapasiti penuh bagi saingan Liga Malaysia 2022 (Liga M) dianggap sukar dalam tempoh terdekat jika dilihatkan keadaan semasa pandemik Covid-19 yang masih membelenggu negara.
Ketua Pegawai Eksekutif, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, secara realistik dia tidak berfikir begitu (kemasukan penuh penyokong ke stadium) kerana bukan masa yang tepat dengan jumlah kes Covid-19 dan kewujudan Omicron.
“Ini bukan sahaja isu bola sepak tetapi isu kesihatan dan keselamatan penyokong.
“Kita cuma berharap suatu masa dan waktu yang tepat kita akan menerima kembali kehadiran penyokong yang dapat memenuhi stadium,” katanya.
Namun bagi memastikan saingan Liga M 2022 tetap dimeriahkan dengan sorakan pemain ke -12, MFL akan menggunapakai SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) jumlah penyokong yang dibenarkan memasuki stadium adalah mengikut fasa.






Add Comment