
PENYERANG Inter Milan, Alexis Sanchez yang masuk selaku pemain gantian menjadi hero buat pasukan apabila meledak pada minit terakhir tambahan masa untuk mencipta kemenangan 2-1 mengatasi Juventus pada Piala Super Itali di San Siro pagi tadi.
Ia memberikan kemenangan pertama buat Nerazzurri dalam kejohanan itu sepanjang tempoh 11 tahun.
Terdahulu Weston McKennie menanduk masuk gol pendahuluan buat Juventus sebelum Lautaro Martinez menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti pada babak pertama namun perlawanan menjadi semakin sengit selepas rehat babak pertama sehinggalah Sanchez menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan.
Add Comment