Bola Sepak

Real Madrid singkirkan Barcelona


REAL Madrid menyingkirkan Barcelona dalam Piala Super Sepanyol 2022 hasil kemenangan 3-2 pada aksi separuh akhir di di Stadium King Fahd, Arab Saudi, awal pani tadi.

Ini adalah pertemuan ke-248 antara kedua-dua pasukan dalam sejarah dan Real Madrid meneruskan penguasaan kemenangan ke atas lawan  dalam tempoh dua tahun lepas.

Madrid membuka jaringan terlebih dahulu pada minit ke-25 menerusi jaringan Vinicius Junior sebelum Barcelona menyamakan kedudukan tiga minit sebelum rehat menerusi jaringan Luuk de Jong.

Anak buah Carlo Ancelotti menjaringkan gol kedua pada minit ke-71 menerusi Karim Benzema dan Barcelona sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ansu Fati pada minit ke-84 untuk memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan.

Federico Valverde memastikan kemenangan buat Real Madrid apabila menjaringkan gol ketiga pasukan pada ke-97 yang membawa mereka ke pentas final Piala Super Sepanyol 2022 dengan lawan akan ditentukan pemenangan diantara Atletico Madrid mahupun Athletic Bilbao.

Los Merengues kini telah mengumpul 100 kemenangan ke atas Barcelona dalam El Clasico dan menjaringkan 415 gol.

Real Madrid juga melebarkan penguasaan kemenangan mereka ke atas Barcelona dalam dua tahun terakhir. El Real telah memenangi lima pertemuan berturut-turut menentang Blaugrana sejak Mac 2020.

5 Pertemuan Terakhir El Clasico:

01/03/2020: Real Madrid 2-0 Barcelona (Liga Spanyol)
24/10/2020: Barcelona 1-3 Real Madrid (Liga Spanyol)
10/04/2021: Real Madrid 2-1 Barcelona (Liga Spanyol)
24/10/2021: Barcelona 1-2 Real Madrid (Liga Spanyol)
13/02/2022: Barcelona 2-3 Real Madrid (Piala Super Spanyol).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: