
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PENYERANG kebangsaan Filipina, Bienve Maranon dikhabarkan bakal menyertai juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.
Difahamkan Maranon yang berkongsi gelaran penjaring terbanyak Piala AFF 2020 selepas meledak empat gol bersama Safawi Rasid, Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda bakal mengisi kekosongan ditinggalkan oleh pemain Argentina, Gonzalo Cabrera.
Perkhabaran ini juga dikuatkan dengan situasi terkini apabila Maranon dilepaskan oleh kelab Filipina, United City FC.
Penyerang berusia 36 tahun itu menampilkan prestasi memberangsangkan bersama United City apabila meledak 65 gol dan 24 bantuan hantaran dalam 85 perlawanan.
Selain itu, Maranon turut memegang rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa Piala AFC selepas meledak 35 gol dalam 37 penampilan musim lalu.





Add Comment