Bola Sepak

Liga M 2022: Apek buka mulut keputusan hijrah ke Sabah


Apek tekad membantu Sabah FC meraih kejayaan lebih gemilang musim ini.

PENJAGA gawang baharu Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat menjelaskan keputusannya untuk berhijrah ke Sabah adalah disebabkan kredibiliti yang ada pada Datuk Ong Kim Swee selain teruja dengan kehadiran pemain lain seperti Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali.

Tegasnya dalam masa sama dia juga punya sasaran peribadi untuk membantu Sabah mendapatkan pencapaian yang belum pernah diraih terutamanya di pentas Liga Super dan Piala Malaysia.

“Semestinya saya ingin mencapai sesuatu dengan Sabah yang mana belum pernah lagi mereka capai, dan saya ingin menjadi sebahagian sejarah baharu dengan Sabah.

“Cuma kita kena ingat dengan kehadiran pemain-pemain baharu yang lain ke Sabah, sudah pasti ramai yang meletakkan harapan yang tinggi tetapi jika diberi masa, saya percaya kami mampu buat terbaik untuk membanggakan penyokong Sabah pada musim ini”, tambahnya.

Terdahulu, Sabah telah menamatkan saingan Liga Super 2021 di tangga kesembilan selain turut mara ke suku akhir TM Piala Malaysia 2021.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: