Bola Sepak

Liga M 2022 : Kuota pemain import tidak berubah – Saifuddin


Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SAINGAN Liga Malaysia yang bakal bermula awal Mac akan tetap dilaksanakan dengan kuota lima pemain import termasuk seorang daripada kuota Asia dan Asia Tenggara bagi Liga Super manakala Liga Premier dibenarkan mendaftar empat pemain import.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, sudah agak lewat untuk melakukan perubahan memandangkan setiap pasukan kini dalam usaha menyiapkan pasukan terbaik bagi mengharungi musim 2022.

“Buat setakat ini, tidak ada perubahan lagi. Sudah pasti ia tidak akan dibuat untuk saingan musim ini kerana sudah terlalu lewat.

“Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Pembangunan dan Teknikal yang dipengerusikan oleh Datuk S Sivasundaram akan membincangkan perkara ini secara terperinci, sama ada kita perlu kurangkan atau pun kekal.

“Kalau kita buat pun (pengurangan kuota import), dua musim akan datang,”katanya.

Cadangan untuk mengurangkan mungkin ada asas ketika langkah FAM melarang kehadiran import membuahkan hasil ketika Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama pada 2010 malah Safee Sali juga turut muncul sebagai pemenang Anugerah Kasut Emas.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: