Bola Sepak

Liga M 2022 : Wan Zack Haikal sah sertai Perak FC


Wan Zack Haikal bakal diperkenalkan selaku pemain Perak FC dalam masa terdekat.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BEKAS pemain skuad kebangsaan 2012, Wan Zack Haikal Wan Nor sah menyertai Perak FC bagi mengharungi musim 2022.

Pemain yang telah tamat kontrak bersama Selangor FC musim lalu bakal diperkenalkan Perak FC dałam masa terdekat.

Ejen kepada pemain berkenaan, Faidauz Azhar berkata kepada CAKAPSUKAN, Wan Zack Haikal sudah menerima surat menandatangani surat tawaran yang dikemukakan Perak FC.

“Kedua-dua pihak telah bersetuju dengan perjanjian dan segala-galanya berjalan lancar serta menunggu masa pengumuman rasmi,” katanya.

Faidauz berkata, selain Perak FC, pemainnya itu juga turut menerima tawaran dari Kelantan FC dan Melaka United FC namun memilih Perak FC.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: