Bola Sepak

Liga M 2022 : Kelantan FC sambar penjaring terbanyak Liga Premier Bangladesh


Nixon menyertai Kelantan FC bagi tempoh tiga tahun.
PENJARING terbanyak Liga Premier Bangladesh 2021, Nixon Guylherme Brizolara menjadi taruhan Kelantan FC selaku peledak bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.
Penyerang berusia 26 tahun yang mewakili kelab Chittagong Abahoni merekodkan 12 gol dalam 23 perlawanan memiliki  pengalaman yang cukup luas bersama kelab  Al-Tadamon, Maritime B, GD Braganca, Alcanena, Candal dan Leca di Portugal.
Nixon atau nama penuh beliau Nixon Guylherme Brizolara merupakan muka baharu pemain import yang bakal memperkuatkan bahagian serangan pasukan TRW Kelantan FC pada musim ini dengan menandatangani kontrak bersama pasukan ini selama 3 tahun.
Menerusi kenyataan media TRW Kelantan FC, pemain kelahiran Brazil ini memiliki ketinggian 1.84 meter pemain yang bakal menyarung jersi The Red Warriors bernombor 9 dan mampu beraksi dibahagian tengah akan memberikan banyak pilihan buat Rezal Zambery Yahya merencana strategi pasukan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: