Bola Sepak

Liga M 2022 : Yusri sah bimbing Perak FC


Yusri bakal diperkenalkan secara rasmi selaku pengendali Perak FC dalam masa terdekat.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BEKAS pengendali Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah sah memimpin Perak FC mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.

Yusri yang dihubungi CAKAPSUKAN sebentar tadi mengesahkan perkembangan terbaharu ini dan menyerahkan segalanya kepada pengurusan Perak FC untuk mengumumkannya.

“Alhamdulillah, kalau mengikut kepada perancangan dan perbincangan diantara kedua-dua pihak, perkhabaran ini (jawatan) akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita tunggu sahaja pengumuman rasmi,” ujarnya.

Pengendali berusia 45 tahun yang sebelum ini masih mempunyai baki setahun daripada dua tahun kontraknya bersama pasukan berkenaan, telah mencapai persetujuan bersama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menamatkan kontrak tersebut.

Sebelum membimbing skuad projek FAM-MSN, Yusri yang merupakan bekas pemain kebangsaan juga pernah membimbing Kelantan FC selain bergelar sebagai pemain Selangor, Perlis, Perak dan MPPJ Selangor.

 

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: