Bola Sepak

Liga M 2022 : Ahmad Shahrul dan Yusri bakal bimbing Perak FC ?


Ahmad Shahrul Azhar

 

BEKAS pemain kebangsaan dan Perak, Ahmad Shahrul Azhar bakal dilantik sebagai Pengarah Teknikal Perak FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.

Ahmad Syahrul yang merupakan pemain kebangsaan 1999-2002 tidak asing lagi dalam dunia bola sepak tempatan selain dia juga pernah membimbing skuad belia Felda United B-19.

Selain Ahmad Shahrul, bekas pengendali skuad FAM-MSN, Yusri Che Lah juga dikaitkan dengan Perak FC selaku jurulatih sambil dibantu penolongnya iaitu, Chan Wing Hoong.

Bagi jawatan pengurus pasukan pula, nama Faizal Zainal kini menjadi bualan peminat Perak FC serta kembalinya semula bekas pemain Seladang iaitu Indra Putra Mahayuddin menghangatkan perdebatan netizen-netizen ketika ini.

Beberapa pemain yang pernah bersama Perak sebelum ini juga dikhabarkan akan pulang membantu pasukan menghadapi saingan musim ini.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: