Bola Sepak

Eriksen sedia kembali beraksi


PEMAIN antarabangsa Denmark, Christian Eriksen yang rebah ketika aksi Euro 2020 tidak lagi takut dengan serangan jantung dan bersedia untuk kembali beraksi.

Pemain berusia 29 tahun ini yang kini tanpa kelab selepas menamakan perjanjian bersama dengan Inter Milan ekoran kejadian tersebut.

Eriksen terpaksa menggunakan perentak jantung selepas rebah pada Euro 2020 ketika bermain untuk Denmark dan menyatakan hasratnya ketika sesi temu bual dengan stesen televisyen Denmark, baru-baru ini.

“Tidak sama sekali, tidak sedikit pun (takut). Pada mulanya, saya berhati-hati. Sejauh mana saya rasa untuk bertolak ansur sekarang? Saya mahu mengujinya. Tetapi saya dipantau sehingga diuji sebanyak mungkin. Saya tidak takut ia akan berlaku lagi.

“Kes paling teruk, jika ia berlaku lagi, perkara ini (defibrilator) membantu saya dengan segera. Ia sangat meyakinkan untuk menyedari bahawa anda mempunyai sesuatu. Jadi saya tidak bimbang ia akan berlaku lagi, bukan di atas padang juga.”,” kata Eriksen seperti dipetik dari Daily Mail.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: