Bola Sepak

Anak Datuk Nash sertai Piala Presiden Penang FC


Aniq Asri bersama Ketua Jurulatih Pasukan Piala Presiden Pulau Pinang, Akmal Rizal Rakhli. Foto: PENANG FC

Oleh: AMMAR HAZIQ

ANIQ Asri Nasharudin muncul antara pemain baharu pasukan Piala Presiden Pulau Pinang bagi musim 2022.

Anak kepada penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nasharudin Elias ini merupakan bekas pelatih Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) sebelum ini menyertai Akademi Bola Sepak Malaga City FC bersama beberapa pemain remaja kelahiran Malaysia lain iaitu Allee Putra Azril, Devekumaran Muniswaran, Mubashshir Azizi, dan Muhammad Aniq dua tahun lalu.

Penang Footbaall Club (Penang FC) dalam satu kenyataan berkata, bekas pemain belia UiTM FC itu tidak akan mendapat layanan istimewa kerana perlu bersaing merebut kesebelasan utama dengan pemain lain.

Menurutnya, sesi tandatangan kontrak dengan para pemain Piala Presiden yang telah pun mengesahkan tempat dalam pasukan dan turut mewakili pasukan Pulau Pinang dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan pada Rabu.

Aniq Asri semasa beraksi bersama Akademi Bola Sepak Malaga City FC. Foto: FB ANIQ ASRI

“Yang lebih bermakna, selain daripada anak-anak muda yang telah dikesan bakat mereka, dan bakal digilap oleh Ketua Jurulatih yang merupakan salah seorang lagenda bola sepak negara iaitu Coach Akmal Rizal, Penang FC rasa amat bertuah apabila pasukan Piala Presiden turut disertai oleh seorang pemain yang merupakan anak artis tersohor negara.

“Beliau pernah mendapat perhatian dan dilamar akademi bola sepak iaitu FC Malaga City. Beliau juga merupakan bekas pemain belia UiTM FC dalam saingan liga tempatan,” katanya.

Aniq Asri kini berusia 20 dan beraksi di posisi tengah.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: