
Oleh : SUBKHI SUDARJI
“HARIMAU Malaya perlu dibimbing jurulatih asing,” itulah reaksi Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu Scott O’Donell sebaik sahaja diperkenalkan secara rasmi méngulas jawatan tersebut.
Tegasnya, dia mencadangkan kepada pengurusan FAM untuk melantik jurulatih asing bagi mengemudi skuad kebangsan selepas Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih kebangsaan, baru-baru ini.
“Saya melihat bahawa skuad Harimau Malaya selepas ini perlu dibimbing oleh jurulatih asing bagi mengubah landskap dan masa depan bola sepak Malaysia ke satu dimensi baharu, bukan hanya untuk jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang,” jelasnya.
O’Donell dilantik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Ong Kim Swee yang telah meletak jawatan tersebut pada 10 September 2021.
O’Donell, 55, merupakan individu yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan kejurulatihan termasuk pernah memegang pelbagai jawatan sebagai pengarah teknikal, ketua jurulatih dan juga seorang bekas pemain.
Sejak 2009 hingga kini, O’Donell memegang peranan sebagai Pengajar Jurulatih/Pakar/Mentor FIFA dengan fokus utamanya kepada pembangunan belia, pembangunan jurulatih, pengarah teknikal dan pementoran serta Pengajar Jurulatih AFC iaitu sebagai instruktur bagi Lesen Pro, A, B dan C.






Add Comment