Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Safawi kongsi kejayaan bersama Chanathip, Dangda dan Maronan


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PEMAIN sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid berkongsi kejayaan bersama dua bintang Thailand, Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda serta pemain Filipina, Bienvenido Maranon selaku penjaring terbanyak kejohanan Piala AFF 2020.

Ia susulan kejayaan Safawi dan Maranon meledak empat gol serta kegagalan Chanathip dan Dangda meledak gol pada final kedua Piala AFF 2020 malam tadi.

Untuk rekod, Teerasil pernah berkongsi anugerah penjaring terbanyak bersama pemain Indonesia, Budi Sudarsono dan Agu Casmir dari Singapura pada 2008 dengan meledak empat gol keseluruhan.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengikut jejak Safee Sali dan Safiq Rahim yang pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pada 2010 dan 2014 selepas masing-masing meledak lima dan enam gol.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: