Bola Sepak

Umbro taja Terengganu FC


Majlis Tandatangan Penajaan Kit Pasukan Terengganu bersama Umbro. Foto: TFC

PAKAIAN sukan jenama terkenal, Umbro menjadi penaja rasmi pembekalan kit pasukan Terengganu FC (TFC) selama dua tahun.

Perjanjian tajaan menerusi Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dan TFC ini bernilai RM1.8 Juta untuk tempoh dua tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh memberitahu, kerjasama bersama jenama Umbro ini dilihat mampu mengangkat nilai komersial kelab ke arah yang lebih tinggi memandangkan jenama Umbro ini seperti yang diketahui ramai adalah jenama antarabangsa yang berasal dari United Kingdom, dan imej kelab TFC ini sendiri boleh dipasarkan ke luar Malaysia melalui kerjasama seperti ini.

“Melihatkan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd adalah pemegang lesen Umbro di Malaysia menambahkan lagi keyakinan buat pengurusan ini kerana TFC sebelum ini telah bekerjasama bersama pihak Al-Ikhsan dengan menggunakan jenama Active Lifestyle (AL) bermula tahu 2019 sehingga 202i dan kerjasama ini terjalin dengan sangat baik,” jelasnya menerusi kenyataan di laman web rasmi kelab pada Sabtu.

Sementara itu, Pengurus Produk Umbro & Al-Ikhsan, Khairul Asyraf Ahmad dalam ucapannya menyatakan rasa sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak TFC.

“Kerjasama ini boleh bergerak lebih jauh melihatkan pada kualiti yang ada ppada pasukan dan pengurusan kelab, cara kelab ini memasarkan pasukan dan semestinya kelab ini salah sebuah kelab di Malaysia yang mempunyai ‘fanbase’ yang besar,” katanya.

Untuk rekod pada ketika ini TFC adalah satu-satunya kelab di Malaysia yang menerima tajaan dari jenama Umbro bagi musim 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: