Bola Sepak

“Rakyat Malaysia mempunyai kekuatan, kita harus bangkit”


Ahmad Shapawi Ismail

MAJLIS Sukan negara (MSN) menjangkakan cabaran hebat dalam mempersiapkan atlet negara bagi menghadapi tiga temasya sukan utama tahun ini.

Tiga temasya tersebut termasuk Sukan SEA 2021 di Hanoi, Sukan Komanwel 2022 Birmingham dan Sukan Asia 2022 Hangzhou, China.

Menurut Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail, cabaran kali ini adalah peruntukan yang diterima dipengaruhi oleh kedudukan kewangan semasa negara.

“Tahun 2021 telah berlalu, tahun 2022 akan kita hadapi dengan cabaran lebih besar. Tiga temasya utama menanti kontinjen Malaysia.

“Ini adalah tiga kejohanan utama dan kita juga mengahadapi satu kekangan dengan kedudukan kewangan negara yang masih dalam proses pemulihan menyebabkan kita (MSN) tidak mendapat satu peruntukan agak meyakinan,” ujarnya menerusi rakaman video Rangkuman Pencapaian Sukan Negara 2021 yang disediakan MSN.

Bagaimanapun, Ahmad Shapawi berkata walaupun berdepan dengan cabaran tersebut segalanya perlu bergerak kehadapan dan MSN kekal komited untuk memberikan yang terbaik dalam mempersiapkan atlet negara ke arah kecemerlangan sukan.

“Kita mempunyai kekuatan, the only thing we have to do now is to get the honour, we have to move forward untuk memastikan penghormatan-penghormatan yang diharapkan dapat dijelmakan pada tahun 2022,” jelasnya.

Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata, MSN turut berdepan dengan tugas getir dalam mengendalikan Sukan Malaysia (Sukma) 2022 dengan matlamat utama memperkasakan status Sukma sebagai temasya sukan terpenting di negara.

“Itu adalah satu lagi cabaran bagi memastikan Sukma tetap menjadi temasya sukan dinanti-nantikan oleh semua khususnya bakat-bakat baharu yang akan menjadi atlet negara pada satu masa kelak.”

Temasya sukan negara akan dibuka dengan Sukan SEA 2021 bermula 12-23 Mei 2022, diikuti Sukan Komanwel Birmingham pada 28 Julai hingga 8 Ogos 2022, Sukan Asia Hangzhou 10 September hingga 25 September 2022, dan Sukan Para Asia 9 hingga 15 Oktober 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading