Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Indonesia tetap yakin, Thailand enggan ambil mudah


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Sang Garuda, Shin Tae Yong tetap yakin pasukannya akan meraih kemenangan ke atas Thailand pada aksi final kedua Piala AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura, malam ini.

Menyifatkan laluan sukar selepas kecundang 0-4,  Tae Yong memaklumkan kehadiran mereka pada aksi kedua malam ini hanyalah untuk meraih kemenangan.

“Saya amat percaya kami akan memenangi perlawanan malam ini,” jelasnya.

Mengulas aksi peringkat pertama Rabu lalu, Tae Yong mengakui pasukannya gugup dan terpengaruh dengan wisel pengadil, tetapi itu boleh diterima kerana mereka hanya mempunyai sedikit pengalaman dalam perlawanan besar.

“Sudah tentu Thailand pasukan yang kuat dan ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Namun, saya akan pergi untuk menang esok dan saya meletakkan kepercayaan penuh terhadap pasukan untuk melakukannya,” katanya.

Sementara itu rakan saingannya,  Alexandre Polking enggan mengambil mudah aksi kedua dan akan meneruskan rentak permainan yang sama untuk meraih gelaran kejuaraan Piala AFF kali keenam.

“Berdasarkan keputusan yang baik daripada perlawanan pertama, kami berasa lebih bebas dan boleh bermain dengan cara yang kami suka serta saya tidak nampak sebab untuk mengubahnya.

“Kami perlu pamerkan persembahan yang kami mampu dan meraikannya selepas itu, tetapi ia masih belum berakhir dan kami perlu tampil dengan pendekatan sama iaitu memiliki perasaan dahagakan kemenangan seperti yang kami tunjukkan sepanjang kejohanan,” katanya.

Berdasarkan kelebihan secara agregat dan persembahan cemerlang Thailand sepanjang Piala AFF kali ini yang belum tewas, Indonesia seharusnya mengharapkan keajaiban berlaku untuk mereka menjulang trofi itu buat kali pertama sejak ia diperkenalkan pada 1996.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading