Oleh : SUBKHI SUDARJI
PEMAIN pertahanan kelahiran Perancis, Herold Goulon sah menyertai Negeri Sembilan FC bagi mengharungi saingan musim 2022 selepas khidmatnya tidak diperlukan Sri Pahang FC.
Goulon sebelum ini menyertai Sri Pahang pada musim 2019 dan beraksi sebanyak 47 penampilan liga bersama pasukan berkenaan, selain itu pemain yang memiliki ketinggian 1.95m boleh bermain di bahagian tengah.
Pemain berusia 33 tahun itu juga terbukti tajam di hadapan gol apabila meledak 11 gol dalam liga untuk Sri Pahang serta pernah menjaringkan gol menerusi sepakan percuma jarak jauh yang cantik ketika saingan Piala Malaysia 2019.
Juara Liga Premier musim lalu itu juga membawa masuk pemain import kelahiran Ghana, David Mawutor yang beraksi di bahagian tengah.
Add Comment