Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Indonesia perlukan keajaiban untuk bergelar juara – Tae Young


Oleh : SUBKHI SUDARJI

JURULATIH Indonesia, Shin Tae Young mengakui skuad bimbingannya memerlukan keajaiban untuk bergelar juara pada kejohanan Piala AFF 2020.

Menerima kekalahan 0-4 di tangan Thailand pada final pertama malam tadi, jurulatih kelahiran Korea ini menyifatkan agak mustahil pasukannya mampu menewaskan lawan jika dilihatkan aksi pada separuh masa kedua malam tadi.

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-young tahu bahawa ia akan memerlukan satu keajaiban sekarang untuk mengubah keadaan bagi perlawanan kedua Sabtu ini.

“Saya menerima kekalahan itu dan saya tahu mungkin mustahil untuk kembali dan menewaskan Thailand pada perlawanan kedua, lebih-lebih lagi jika kami bermain seperti yang kami lakukan pada separuh masa kedua malam ini.

“Bagaimanapun, bola itu bulat, kami tidak akan berputus asa dan kami akan terus berjuang. Saya tidak akan terlalu fokus pada apa yang berlaku malam ini tetapi lebih kepada apa yang kami lakukan dengan baik untuk terus menggalakkan pemain,” tegasnya.

Atas kertas peluang Sang Garuda bergelar juara pada temasya dwi tahunan kali ini dilihat agak sukar berdasarkan prestasi semasa Gajah Perang selain aksi pasukan Indonesia itu sendiri.

Kedua-dua pasukan bakal bertembung pada aksi kedua Sabtu ini dengan Indonesia perlu menang dengan jaringan yang besar dan memastikan gawang tidak dibocori.


Add Comment

Click here to post a comment