
Oleh : SUBKHI SUDARJI
KEMENANGAN empat gol tanpa balas memberi gambaran jelas reputasi Thailand ketika berdepan Indonesia pada final pertama Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.
Tumpuan pastinya terhadap ketua pasukan, Chanatip Songkrasin yang turut digelar Messi Thailand selepas meledak dua gol selain memimpin pasukan untuk menguasai kawasan tengah padang.
Disebalik semuanya ini terdapat satu keputusan dibuat Alexandre Polking yang sedikit dipertikaikan penyokong Indonesia apabila memasukkan penjaga gol ketiga iaitu Kawin Thamsatchanan.
Penjaga gol berpengalaman berusia 31 tahun ini dimasukkan bagi menggantikan penjaga gawang utama Siwarak Tedsungnoen pada minit ke-75 ketika pasukan mendahului 3-0. Mengapa Polking tidak memasukkan Chatchai Budprom untuk menggantikan Siwarak tetapi Kawin.
Namun persoalan ini akhirnya segera dijawab Polking pada sidang media selepas perlawanan yang memaklumkan keputusan dibuat bagi memberikan kegembiraan buat penjaga gawang tersebut.





Add Comment