Bola Sepak

Liga-M 2022: Pemain skuad utama Filipina sertai TFC


Woodland sah memperkuatkan pasukan TFC musim depan.

 

PEMAIN skuad utama Filipina beraksi di Ratchaburi Mitr Pol dalam liga utama Thailand, Luke Zantua Woodland sah menyertai keluarga Terengganu FC pada musim hadapan selepas menandatangani kontrak  selama 1 tahun.

Woodland yang lahir di UAE berusia 27 tahun dan memiliki ketinggian 1.83 meter pemain yang bakal menyarung jersi bernombor 14 dan beraksi di benteng pertahanan.

Pemain yang dilihat antara aset terbaharu TFC ini sebenarnya tidak asing dengan Liga Malaysia kerana pernah bersama pasukan Kuala lumpur pada tahun 2019.

Bagi Nafuzi Zain, kehadiran Woodland yang mempunyai kelebihan fizikal bakal membantu memperkemaskan benteng pasukannya yang jika dilihat sebelum ini sedikit bergelut apabila bertemu dengan pasukan yang mempunyai kelebihan pemain-pemain yang mempunyai ketinggian terutama apabila menghadapi perebutan bola udara.

Nafuzi juga sebelum ini pernah menyatakan minat untuk menandatangani pemain ini sebelum ini namun pada musim lepas pemain itu telah pun dipancing oleh pasukan dari liga utama Thailand.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading