Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Belum tiba masanya adakan parti besar – Polking


Oleh : SUBKHI SUDARJI

ALEXANDRE Polking pastinya antara individu yang gembira selepas skuad bimbingannya mudah meratah Indonesia pada aksi final pertama Piala AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura malam tadi.

Bukan satu gol tetapi empat jaringan tanpa balas memperlihatkan jarak kualiti persembahan dua pasukan ini yang dimiliki sepenuhnya Gajah Perang sepanjang 90 minit masa perlawanan.

Menyedari kelebihan besar dimiliknya, Polking tidak mahu pemainnya mengadakan parti yang besar walaupun gelaran kejuaraan kini berada dalam genggaman.

“Kami kini mempunyai kelebihan yang besar, sudah tentu kami tidak sepatutnya membuat parti terlalu besar tetapi kami tahu sekarang ia berada di tangan kami untuk membawa kembali trofi itu ke Thailand.

“Ia adalah persembahan yang hebat dan saya ingin memuji pemain yang melaksanakan pelan permainan dengan cara yang sukar dipercayai, sebenarnya semuanya adalah hasil kerja keras pemain,” jelasnya.

Dua gol dari ketua pasukan, Chanathip Songkrasin (m-2 dan m-52) dan satu gol masing-masing menerusi Supachok Sarachart (m-67) serta Bordin Phala (m-83) memberikan kelebihan besar buat Thailand untuk merangkul kejuaraan kali keenam.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d