Bola Sepak

Rangnick kecewa aksi longlai Man United


Cavani menjaringkan gol penyamaan menyelamatkan Man United dari kekalahan berdepan Newcastle United.

 

PENGENDALI Manchester United, Ralf Rangnick ternyata kecewa dengan corak persembahan dipamerkan anak didiknya selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Newcastle United, awal pagi tadi.

Tegasnya dia nyata tidak menyukai prestasi pemainnya yang gagal mengawal permainan selain kecergasan.

“Saya langsung tidak menyukai prestasi pasukan. Kami tidak dapat mengawal permainan hari ini, hanya beberapa kali. Ini soal tenaga, fizikal dan kemahuan untuk memenangi bola, kami tidak bagus di sana.

“Anda perlu bersedia dan mampu memenangi pertarungan, walaupun kami memiliki bola, kami mudah tewas dan gol lawan menyukarkan keadaan.

“Masalah terbesar kami ialah kesilapan yang kami lakukan. Kami tidak dapat mengawal permainan apabila kami menyamakan kedudukan dan kami juga tidak boleh membuat keputusan yang betul.”

“Perkara yang baik ialah kami mendapat mata, tetapi prestasi kami mesti lebih baik,” kata Ralf Rangnick di BBC Sport.

Tuan rumah memperolehi gol awal menerusi jaringan Allan Saint-Maximin.

 

Pada aksi tersebut, Edinson Cavani menyelamatkan Manchester United selepas kembali daripada masalah Covid-19  apabila penyerang Uruguay itu menjaringkan gol penyamaan untuk seri 1-1 ketika berdepan pasukan bergelut, Newcastle United.

Pelawat ketinggalan selepas gol awal Allan Saint-Maximin pada minit ke-7 sebelum Cavani meledak jaringan pada minit ke -71 untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata pada aksi di St James’ Park.

 

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading