Bola Sepak

Mbappe tewaskan Salah, Ronaldo dan Messi


PENYERANG Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan pada majlis Anugerah Dubai Globe Soccer malam tadi.

Penyerang  berusia 23 tahun itu meraih penghormatan utama pada edisi ke-12 yang diadakan di Hotel Armani.

Mbappe menewaskan pemenang enam kali, Ronaldo, Lionel Messi, Mohamed Salah, Karim Benzema dan Lewandowski.

Pemain antarabangsa Perancis itu mendahului senarai penjaring Ligue 1 musim lalu dengan 27 gol ketika PSG menamatkan saingan di tangga kedua di belakang Lille dan membantu Perancis menang Liga Negara-Negara UEFA.

Lewandowski, 33, menang Anugerah Diego Maradona sebagai penjaring terbaik sepanjang tahun apabila meledak 69 kali bersama juara Jerman itu pada 2021.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: