Bola Sepak

Bapa ‘warning’ Asnawi selepas aksi penalti Singapura


Tindakan Asnawi selepas Faris gagal menyempurnakan sepakan penalti Sabtu lalu. Foto: AFF

PEMAIN pertahanan tengah Indonesia Asnawi Mangkualam ditegur bapanya selepas skuad Garuda berjaya mara ke final Piala AFF Suzuki 2020.

Pada aksi separuh akhir kedua Sabtu lalu, Indonesia berjaya menewaskan tuan rumah, Singapura 4-2 (agregat 5-3) dalam satu perlawanan yang sungguh menarik.

Pada minit terakhir perlawanan ketika kedudukan seri 2-2, Singapura berpeluang menambah jaringan menerusi sepakan penalti yang diambil Faris Ramli.

Namun malangnya sepakan tersebut diselamatkan penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata.

Sejurus selepas itu, Asnawi terus berlari ke arah Faris berkata sesuatu kepada pemain Singapura itu.

Ternyata tindakan Asnawi itu ditonton oleh bapanya Bahar Muharam yang sama sekali tidak bersetuju dengan kelakuan anaknya yang berusia 22 tahun itu.

Asnawi (kiri) antara tonggak utama pasukan Indonesia. Foto: AFF

“Kami selalu berkomunikasi sekiranya dia tidak sibuk. Komunikasi terakhir selepas perlawanan dengan Singapura.

“Saya tanya dia apa yang dia katakan kepada pemain Singapura.

“Dia cakap ‘terima kasih kerana penalti tidak masuk gol’. Tetapi saya bantah kerana masyarakat akan menilai itu sebagai ejekan.

“Saya cakap kepadanya, “Itu tidak bagus buat kamu dan orang Indonesia”. Jadi saya peringatkan kepada dia agar tidak mahu lihat lagi itu.

“Apa yang kamu buat itu adalah yang pertama dan terakhir,” jelasnya dipetik menerusi MetroNews.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading