Bola Sepak

Liga-M 2022 : Park Tae Su setia bersama Sabah FC


Park Tae Su setia bersama Sabah FC untuk musim keempat.

PERTAHANAN kental Sabah FC kelahiran Korea Selatan, Park Tae Su terus berjaya menambat hati pengurusan apabila khidmatnya terus ditagih membantu pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.

Pemain utiliti yang berasal daripada Incheon ini telah menandatangani kontrak penyambungan bersama Sabah FC selama setahun dan merupakan tahun keempatnya membantu skuad Sang Badak.

Tommy Mawat turut menyertai keluarga Sabah FC 2022

Dalam perkembangan sama, Sabah FC turut memaklumkan membawa masuk pemain kelahiran Sarawak, Tommy Mawat merupakan pemain yang terkenal dengan kebolehan menyerang dan pergerakan pantas.

Berusia 26 tahun, Tommy memiliki banyak pengalaman beraksi dengan beberapa pasukan seperti PJ Rangers, Kuching FA, PKNS FC dan Sarawak United.

Pemain yang mampu beraksi diposisi pertahanan kiri dan sayap juga antara pemain yang pernah disenaraikan Datuk Ong Kim Swee menganggotai skuad bawah 23 tahun kebangsaan


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: