Bola Sepak

Arsenal mungkin lepaskan Aubameyang


Aubameyang gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal.

PENYERANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dikhabarkan bakal dilepaskan pasukan selepas tidak mendapat tempat dihati Mikel Arteta untuk diturunkan beraksi.

Aubameyang tidak bermain sejak 6 Disember lalu sejak kekalahan 1-2 kepada Everton, walaupun tanpa penyerang Gabon itu, Arsenal masih kelihatan baik dengan lima kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan dengan 19 gol terhasil.

Melihatkan situasi semasa dengan barisan hadapan yang beraksi baik tanpa Aubameyang, ada khabar angin dia akan dilepaskan oleh Arsenal dalam masa terdekat.

Namun Arteta memaklumkan keputusan  penyerang berusia 32 tahun itu tidak bermain selama ini disebabkan pemain lain yang dilihat lebih bersedia.

“Dia tidak dipilih untuk perlawanan hari ini. Kita akan lihat situasi dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Itu keputusannya,” tegas Arteta mengenai Aubameyang selepas Arsenal menewaskan Norwich 5-0.

Namun Aubameyang mungkin mampu membuktikan kemampuan apabila dijadualkan bermain dalam Piala Negara Afrika pada Januari ini bersama pasukan kebangsaan Gabon.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading