Oleh : SUBKHI SUDARJI
KETUA pasukan Indonesia, Asnawi Mangkualam dan penyerangnya, Irfan Jaya bakal memiliki sebuah rumah seandainya Indonesia berjaya merangkul gelaran kejuaraan Piala AFF 2020.
Tawaran ini dikemukaka wakil Gubernur Sulawesi Selatan, Andi Sudirman Sulaiman yang secara terbuka menyatakan bahawa mereka akan menghadiahkan sebuah rumah kepada dua pemain yang berasal dari kawasan itu.
Pengumuman tawaran hadiah itu dibuat melalui laman sosial Facebook rasmi Andi Sudirman Sulaiman, sebentar tadi.
“Mari doakan Timnas Indonesia menjadi Juara AFF 2020. Kami menyiapkan hadiah satu unit rumah untuk dua pemain asal Sulsel jika berhasil menjadi Juara.” ujarnya.
Indonesia dan Thailand bakal bertembung dipentas akhir Piala AFF 2020 malam esok bagi aksi pertama sebelum timbal balik selang tiga hari kemudian.






Add Comment