Bola Sepak

Ketua jurulatih Singapura Tatsuma Yoshida letak jawatan


Tatsuma Yoshida. Foto: FAS

KETUA jurulatih Singapura, Tatsuma Yoshida membuat keputusan meletak jawatan selepas skuadnya tewas dalam saingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2020.

Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) mengumumkan peletakan jawatan Yoshida,47, pada Selasa.

Biarpun kontraknya masih berbaki setahun, sehingga Disember 2022 pengendali kelahiran Jepun itu membuat keputusan dan mencapai kata sepakat bersama FAS.

“Saya memberitahu mereka agar yakin dan percaya terhadap diri sendiri setiap kali sebelum perlawanan.

“Saya sayang mereka, hampir sama dengan anak-anak saya. Mereka menerima saya walaupun Inggeris (bahasa) saya sangat teruk,” jelasnya.

Memetik laporan ST Sports Desk, Yoshida turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong Singapura.

“Ia sangat sukar untuk menjelaskan apa yang saya fikir sekarang… saya sangat keliru. Saya tidak boleh tidur selepas perlawanan penuh emosi dan kini saya sudah pun rindukan Singapura,” jelasnya.

Yoshida bersama salah seorang pemainnya Hariss Harun. Foto: AFF

Sementara itu, Setiausaha Agung FAS, Yazeen Buhari memberitahu punca utama Yoshida membuat keputusan tersebut kerana ingin berada dekat dengan keluarganya.

Malah Yazeen turut mededahkan pencarian pengganti jurulatih baharu akan dibuat segera dan paling penting calon itu mempunyai falsafah permainan seperti Yoshida.

Sebagai rekod, pasukan Singapura mara ke separuh akhir buat kali pertama selepas 2012.

Persaingan mereka berakhir selepas tewas penuh dramatik kepada Indonesia dalam saingan separuh akhir kedua 25 Disember lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading