
Oleh: AMMAR HAZIQ
BEKAS pertahanan kental Hijau Kuning, Azmeer Yusof kembali dari persaraan untuk membantu pasukan M3 dari Perak, BRM FC pada musim 2022.
Pemain berpengalaman itu menyifatkan percutiannya sudah tamat dan mahu kembali semula ke padang selepas ramai peminat yang mahu dia kembali dari persaraan kerana masih lagi mampu menyumbang kudrat terutamanya membimbing pemain-pemain muda lain.
“Kepada korang yang selalu bagi semangat kepada saya dan minta supaya saya bermain bola sepak semula, ini untuk anda!. Terima kasih sangat-sangat mendoakan. Kita kayuh sama-sama dari bawah sampai berjaya semula ok.
“Cuti saya sudah habis. Kini tiba masanya untuk saya galas cabaran team untuk membawa BRM FC ke peringkat tertinggi. Tiada yang mustahil dalam dunia ini jika diizinkan Allah,” katanya yang dipetik melalui Facebook rasminya.
Kelab yang berpangkalan di Kuala Kangsar dibimbing bekas legenda pertahanan negara, Manja Man.

Azmeer,31, mengikat kontrak selama setahun dan dalam masa yang sama turut aktif dalam bidang usahawan termasuk kebajikan Islam dan mendedahkan tertarik dengan perancangan yang telah digariskan oleh kelab ini.
Dalam pada itu, Azmeer turut mahu membantu membayar sejumlah harga daripada nilai jersi BRM FC yang dibelikan oleh penyokongnya.
“Hye guys ! Sempena hujung tahun ni saya nak belanja korang. Korang beli jersi BRM FC 2022 dengan harga RM100. So kat sini saya topup RM30, korang just bayar RM70 sahaja. Saya serius ni, tak main-main. Berminat untuk beli jersi BRM FC 2022 boleh pm saya. Once again korang keluar RM70, saya RM30.
“Kualiti kain sangat2 berkualiti. Design ‘of coz’ memang cantik. Yang paling bestnya jenama ini ialah jenama tempatan. Secara tak langsung kita sokong jenama tempatan,” kongsinya di laman Facebook pada Selasa.





Add Comment