
SABAH FC masih menunggu kehadiran tiga pemain kebangsaan bagi melengkapkan senarai latihan pada 10 Januari depan.
Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata mereka adalah Baddrol Bakhtiar, Dominic Tan serta Rizal Ghazali disahkan akan menjalani latihan bersama Sabah FC dalam tempoh terdekat.
“Hari ini merupakan sesi pertama..Kita ada tiga fasa untuk bersiap sedia menghadapi latihan pra musim. Apa yang penting ini adalah persiapan rapi untuk kita menghadapi Liga Malaysia musim hadapan.
“Kita yakin dengan kehadiran tiga pemain itu nanti akan memperkukuhkan lagi kekuatan Sabah FC dan mereka akan sampai pada 10 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Kim Swee berkata Sabah FC akan memulakan latihan secara berperingkat-peringkat bagi menyesuaikan peranan serta menyusun semula posisi dan keserasian semua pemain.
“Dalam minggu pertama tidak banyak yang kita akan lakukan kecuali mendapatkan balik rentak agar semua pemain dapat bersama-sama bukan sahaja di dalam padang tetapi juga di luar padang,” katanya.
Seramai 20 pemain termasuk beberapa muka baharu yang berjaya diikat Sabah FC untuk musim depan hadir pada sesi latihan pertama di Padang Sintetik, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Add Comment