Bola Sepak

Hadi Fayyadh kekal bersama Azul Claro musim depan


Hadi Fayyadh meneruskan kariernya di Jepun musim depan. Foto: Azul Claro

PENYERANG muda tinggi lampai negara, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak akan terus berkelana di Jepun musim 2022.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur berusia 21 tahun itu bersama kelab Liga Jepun 2, Fagiano Okayama sejak 2018, namun musim lalu dia dipinjamkan ke Azul Claro (J3).

Dalam satu kenyataan kelab Azul Claro pada Selasa, mengumumkan bahawa kontrak Hadi Fayyadh disambung sehingga 1 Januari 2023.

“Hadi Fayyadh tidak boleh beraksi dalam perlawanan rasmi bertemu Fagiano Okayama.”

 

Dalam pada itu, Hadi Fayyadh mengucapkan terima kasih dengan sokongan yang berterusan.

“2021 musim yang sukar, namum musim depan saya akan kembali ke padang dan mencuba yang terbaik bertemu anda di stadium. Berjuang bersama!.”

Hadi Fayyadh berdepan dengan kecederaan ‘Anterior Cruciate Ligament’ (ACL) di kaki kanannya sekali gus menyaksikan dia terlepas perlawanan musim ini bersama Azul Claro.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading