Bola Sepak

Piala AFF 2020: “Thailand tak boleh selesa” – Darby


Pemain-pemain Thailand bakal bertemu Vietnam untuk aksi kedua separuh akhir malam ini. Foto: FB THAILAND

Oleh: AMMAR HAZIQ

THAILAND  tidak boleh berpuas hati dengan bekalan dua gol yang dibawa ke separuh akhir kedua Piala AFF 2020 bertemu Vietnam malam ini.

Bekas jurulatih kebangsaan Thailand, Steve Darby mengingatkan pasukan tersebut bahawa skuad Naga Emas mampu bangkit untuk keluar sebagai pemenang jika Gajah Perang memandang rendah kebangkitan pasukan lawan.

Menurutnya, walaupun Vietnam tewas 2-0 pada aksi pertama, mereka mampu bangkit jika berjaya memulihkan semula semangat mereka dan tidak melakukan kesalahan sama seperti pada aksi separuh akhir pertama.

“Kunci dalam perlawanan kedua untuk Vietnam ialah memulihkan semangat juang mereka, malah perlu lebih berdisiplin dan mengelak daripada melakukan kesalahan yang tidak perlu serta menjaga ketenangan mereka. menentang Thailand,” kata Darby seperti yang dipetik melalui portal VnExpress.

Darby,66, merupakan jurulatih Inggeris yang pernah menguruskan pasukan bola sepak wanita Vietnam dari 2001-2002, pasukan lelaki Thailand pada 2008, dan U23 Thailand pada 2009 sebelum bersara pada 2016.

Penentuan ke final di antara Thailand dan Vietnam malam ini. Foto: AFF

Menurutnya, Vietnam adalah sebuah pasuka tnersusun dengan baik, kuat dan berpengalaman selepas bersaing dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia.

“Bagi Thailand pula, mereka adalah pasukan yang terdiri daripada bakat muda dan pemain berpengalaman yang boleh menentukan perlawanan.

“Thailand mempunyai pemain seperti Teerasil Dangda dan Theerathon Bunmathan yang telah melakukan apa yang saya cuba beritahu pemain Vietnam, iaitu bermain bola sepak di luar negara dan kembali dengan tahap yang lebih tinggi dan lebih kuat,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: