Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Dahlah ‘handsome’ boleh main dua posisi pulak…Tahniah Ikhsan


Oleh : SUBKHI SUDARJI

BUKAN sahaja mampu menjaringkan gol malah bertindak cemerlang mengawal gawang gol, itulah yang dilakukan Ikhsan Fandi Ahmad ketika aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura malam tadi.

Anak kepada legenda Singapura, Fandi Ahmad ini mengambil peranan selaku penjaga gawang selepas Hassan Sunny dilayangkan kad merah pada lewat masa tambahan dan ketika itu tiada lagi pertukaran pemain boleh dilakukan.

Bukan mudah buat seorang pemain untuk menggalas tanggungjawab berkenaan apatah lagi dalam situasi yang getir seumpama ini namun Ikhsan yang memiliki ketinggian 1.83 m dilihat segera memakai sarung tangan penjaga gol.

Ternyata Ikhsan yang kini bersama dengan kelab yang beraksi dalam saingan Thai League 1, BG Pathum United membuktikan kemampuan “diluar jangkaan” apabila menangkap kemas sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Sebelum itu, adik kepada Irfan Fandi ini juga mendapat tepukan gemuruh dari penyokong tuan rumah sebaik dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua yang dilihat berjaya memberikan impak pada bahagian serangan.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading