
Oleh: SURYATI MOHD NOR
PERLAWANAN separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2020 di antara Indonesia dan Singapura semalam (Sabtu) terus hangat dibincangkan.
Apa tidaknya, aksi kedua-dua pasukan ibarat perebutan trofi juara dengan aksi yang sukar ‘kelipkan mata’ menonton persembahan mereka.
Permainan ‘gila’ kedua-dua pasukan tidak melepaskan setiap peluang yang ada, diselang selikan dengan persembahan penuh dramatik.
Ianya diakui oleh salah seorang ‘orang lama’ penulis sukan, Mohd Fariq Rahman yang menganggap perlawanan ini sangat berlainan.
? HIGHLIGHTS | ?? Indonesia 4-2 Singapore ??
? A breathtaking match that had ?????????? ends with Indonesia securing their spot as the first #AFFSuzukiCup2020 Finalist!#RivalriesNeverDie | #IDNvSGP pic.twitter.com/C46mPkO7dV
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 25, 2021
“Selama 30 tahun bergelar penulis sukan, mengikuti berpuluh ribu perlawanan bola sepak, inilah aksi sangat luar biasa.
“Apa yang boleh saya katanya, bola sepak Asean masih hidup!. Bagi saya Indonesia dalam tempoh setahun lagi akan berada di kelas tersendiri dengan pemain-pemain muda mereka yang sangat istimewa.
“Dan begitu juga dengan pasukan pasukan Singapura yang mempamerkan ‘team spirit’ yang sukar diluahkan,” kongsinya dan turut bersetuju jika AFF menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk kejohanan ini.
Malah bekas ketua jurulatih negara, Datuk K.Rajagobal turut berkongsi kata-kata mengenai perlawanan ini di Twitternya selepas perlawanan.
What a match Indonesia vs Singapore #AFFSuzukiCup2021
— K.Rajagobal (RG) (@RajagobalRg) December 25, 2021
Sementara itu, penolong jurulatih Selangor FC dan juga bekas pemain kebangsaan Nidzam Jamil turut mengakui perlawanan ini ‘gila tahap tinggi’.
Banyak game gila pernah sy tonton, tapi game semifinal Singapore vs Indonesia gila tahap tinggi. Huge respect to Singapore team and tahniah Indonesia ke final. At 19, left back Pratama Arhan a little bit special for me.
— Nidzam Jamil (@nidzamjamil) December 25, 2021
Manakala ESPN Asia berkongsi beberapa klip video perlawanan ini dengan kasyen; “Perlawanan yang dilihat perlu dipercayai.”
Bukan itu sahaja, seluruh peminat bola sepak turut memujikan perlawanan ini adalah yang paling ‘sedap’ ditonton dan dianggap sebagai perlawanan bola sepak sebenar.
They may have bowed out of the @affsuzukicup – but hosts ?? Singapore received a heroes’ farewell after a brave display against ?? Indonesia – taking the game to extra-time despite finishing with eight players! #AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020 #RivalriesNeverDie pic.twitter.com/ECx5CLJ7vJ
— ESPN Asia (@ESPNAsia) December 25, 2021
Pada aksi tersebut Indonesia mara ke final apabila mencatat kemenangan 4-2 (agregat 5-3) dengan aksi sukar menentang tuan rumah yang ketika itu hanya bermain lapan pemain selepas tiga layangan kad merah.
Tiga pemain Singapura yang dilayangkan kad merah adalah Safuwan Baharudin (45′), Irfan Fandi minit ke-67 dan Hassan Sunny (119′).





Add Comment