Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Indonesia dipaksa bekerja keras sebelum mampu mara ke pentas akhir


Oleh : SUBKHI SUDARJI

INDONESIA dipaksa bekerja keras dan bermandi peluh sebelum mampu mara ke pentas akhir Piala AFF 2020 selepas berjaya menewaskan Singapura dengan agregat 5-3 apabila menang 4-2 pada aksi separuh akhir kedua, sebentar tadi.

Beraksi dengan kelebihan tiga pemain berbanding tuan rumah yang kehilangan Safuwan Baharudin, Irfan Fandi dan penjaga gawang, Hassan Sunny dipenghujung perlawanan akibat layangan kad merah, Sang Garuda bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga masa tambahan untuk mengesahkan kemaraan.

Juara Piala AFF lima kali itu yang terikat 1-1 pada saingan separuh akhir pertama sebelum ini dilihat mendominasikan perlawanan sepanjang 15 minit babak pertama sebelum mereka berjaya mendahalui tuan rumah pada minit ke -11 menerusi Ezra Walian.

Ketinggalan satu gol nyata tidak mematahkan semangat anak didik Tatsuma Yoshida yang mula mendapatkan rentak melancarkan serangan memburu gol penyamaan.

Semangat barisan pemain tuan rumah tersentap apabila Safuwan dilayangkan kad merah pada minit ke-45 sebelum Song Ui Young berjaya menyamakan kedudukan 1-1 buat tuan rumah.

Bersambung babak kedua, perlawanan seimbang dipamerkan Indonesia dan Singapura namun tuan dikejutkan sekali lagi dengan layangan kad merah yang diterima Irfan Fandi pada minit ke-67 kerana mengasari Irfan Jaya.

Kekurangan dua pemain bukan halangan buat Singapura apabila mereka berjaya menjaringkan gol kedua menerusi sepakan percuma cantik dari luar kotak penalti yang diambil Shahdan Sulaiman pada minit ke-74 untuk menewaskan Nadeo Argawinata.

Namun, Indonesia berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-87  oleh Pratama Arhan.

Singapura seharusnya mampu menamatkan aksi dengan kemenangan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-90 namun Faris Ramli gagal untuk menewaskan Nadeo Argawinata.

Pada masa tambahan, Indonesia memperolehi dua gol menerusi gol sendiri pemain Singapura, Shawal Anuar dan satu gol Egy Vikri Maulana pada minit ke-107 untuk memastikan kemaraan Indonesia ke pentas akhir Piala AFF 2020 dan bakal menanti pemenang diantara Thailand dan Vietnam yang akan turun beraksi malam esok.

 

 

 

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: