Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Indonesia perlu lebih matang menyerap tekanan – Tae Yong


Oleh : SUBKHI SUDARJI

DISEBALIK kejayaan melangkah ke pentas final Piala AFF 2020, Indonesia perlu lebih matang menahan asakan dań serangan jika ingin terus berkembang pada masa akan datang.

Ketua jurulatihnya, Shin Tae-Yong berkata, tekanan diberikan lawan menyebabkan rentak permainan dan persembahan pemainnya dilihat kucar kacir yang membuka peluang kepada lawan.

“Bahagian itu mesti dipertingkatkan terutama pemain muda supaya kawalan perlawanan dikurangkan sedikit supaya pada masa akan datang ia lebih menunjukkan perkembangan,” kata jurulatih Korea Selatan itu.

Pada perlawanan penuh dengan aksi menghiburkan dan dramatik, Indonesia dilihat sukar untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan dalam tempoh 90 minit walaupun memiliki kelebihan ekoran dua pemain lawan diperintahkan keluar padang ekoran layangan kad merah.

Sang Garuda terpaksa menggunakan segala kudrat dan kesungguhan untuk menewaskan tuan rumah sehinggalah perlawanan berlangsung 120 minit untuk mereka keluar sebagai pemenang dengan agregat 5-3.

Mengulas persembahan pasukannya, Tae-yong menghargai kerja keras para pemain dengan perlawanan yang dihiasi pelbagai drama memerlukan tenaga serta emosi.

“Sejujurnya kedua-dua pasukan bekerja keras, saya bercakap dengan pemain sebelum perlawanan bahawa pasukan Singapura dan kita perlu berhati-hati,” jelasnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: